特别通告

Friday, 5 August 2011

Standard Operational Procedure(SOP)

Kelab SPBT SMJK Chung Ling Pulau Pinang
A.    Bulan Disember
Pemprosesan buku-buku baru
1.      Setiausaha mengambil kedatangan ahli.
2.      Ucapan guru penasihat. Guru penasihat membuka bilik BOSS.
3.      Pelajar membuka tingkap dan lampu serta kipas dalam bilik serta menyusun meja dan kerusi yang hendak digunakan.
4.      Pelajar membersihkan bilik BOSS.
5.      Guru penasihat mengagihkan tugasan untuk memproses buku-buku baru.
6.      Ahli-ahli seterusnya memproses buku mengikut tugas masing-masing, seperti mencatat tarikh perolehan, bilangan perolehan dan kod bar. Semua alat tulis disediakan oleh SPBT sekolah dan disimpan balik sebelum tamat aktiviti.
7.      Aktiviti biasa bermula dari pukul 11 pagi hingga ke 1 petang pada hari Sabtu waktu persekolahan dan akan bermula 8.30 pagi hingga 1 petang pada hari cuti sekolah.
8.      Guru penasihat berada bersama pelajar untuk mengawasi dan membimbing aktiviti yang dijalankan. Pelajar sentiasa diingatkan supaya tidak memanjat rak buku dan juga tidak memungguh beban yang terlalu berat.
9.      Apabila tamatnya aktiviti, guru penasihat memastikan bahawa pelajar menutup tingkap, kipas dan lampu sebelum balik dan menyusun balik semua meja dan kerusi, menyimpan balik semua alatan yang digunakan serta membuang sampah-sarap yang ada.
10.  Guru penasihat mengunci bilik BOSS.
11.  Guru penasihat mengingatkan setiausaha untuk membuat laporan aktiviti dan menanda kad kuning kokurikulum.

B.     Pengutipan buku teks SPBT daripada pelajar Tingkatan Lima selepas peperiksaan SPM
1.      Guru penasihat mengingatkan semua pelajar Tingkatan Lima berkenaan dengan pemulangan buku teks SPBT pada hari terakhir peperiksaan SPM mengikut jadual peperiksaan dengan bantuan ketua pengawas peperiksaan SPM.
2.      Mengambil kedatangan ahli dan guru lain pada hari pemulangan buku teks.
3.      Member taklimat ringkas dan mengagihkan tugas.
4.      Stesen-stesen pemulangan buku teks diadakan di luar bilik BOSS di mana setiap guru SPBT atau guru yang membantu ditugaskan untuk mengawasi stesen masing-masing yang mempunyai beberapa kelas. Seorang lagi guru ditugaskan untuk mengendalikan kes-kes seperti kehilangan buku teks, buku teks yang ridak dibalut dan lain-lain lagi.
5.      Mengemas buku dan menyemak stok buku teks Tingkatan Lima. Keselamtan pelajar diutamakan pada setiap kali dan pelajar sentiasa diingat untuk mengingatkan perkara tersebut.
6.      Prosedur menggunakan bilik BOSS seperti dinyatakan dalam bahagian A.
C.     Pengagihan buku teks SPBT kepada pelajar Tingkatan Satu semasa hari Orientasi
1.      Mengambil kedatangan.
2.      Ucapan guru penasihat dan pengagihan tugasan kepada ahli-ahli kelab untuk meminjam buku teks SPBT kepada semua pelajar Tingkatan Satu. Arahan juga diberikan kepada guru tingkatan. Arahan ini merupakan arahan bercetak yang diedarkan pada hari sebelum pengagihan buku teks SPBT.
3.      Prosedur menggunakan bilik BOSS seperti dinyatakan di bahagian A.
Bulan Januari
1.      Mengambil kedatangan.
2.      Ucapan guru penasihat dan pengagihan tugasan kepada ahli-ahli kelab untuk meminjam buku teks SPBT kepada semua pelajar Tingkatan Lima dan seterusnya Tingkatan Empatsebaik sahaja sekolah berbuka.
3.      Mengambil tindakan susulan terhadap pelajar yang belum memulangkan buku teks tahun lepas melalui perjumpaan dengan pelajar-pelajar tersebut.
4.      Menyemak stok buku teks SPBT Tingkatan Lima dan Tingkatan Empat.
5.      Mengambil tindakan susulan terhadap pelajar Tingkatan Lima tahun lepas yang belum memulangkan buku teks melalui telefon dan surat-menyurat.
6.      Prosedur menggunakan bilik BOSS seperti dinyatakan di bahagian A.
Bulan Februari dan bulan-bulan lain
1.      Mengemas bilik BOSS dan menyemak stok sekali lagi sebagai persediaan untuk memesan buku teks pada tahun hadapan.
2.      Mengadakan aktiviti biasa kelab seperti General Meeting dan aktiviti yang lain seperti aktiviti menambahkan pengetahuan ahli terhadap Skim Pinjaman Buku Teks dan aktiviti menjalin hubungan antara ahli.
3.      Prosedur menggunakan bilik BOSS seperti dinyatakan di bahagian A.
4.      Jika menggunakan bilik darjah lain, guru penasihat akan mengambil kunci bilik di Unit Disiplin 2 daripada En. Tan Han Kuan sebelum aktiviti bermula dan mengembalikan kunci tersebut kepada En. Tan Han Kuan sebaik sahaja membuka pintu bilik.
5.      Prosedur menggunakan bilik BOSS seperti dinyatakan di bahagian A.
6.      Membuat post mortem  melalui mesyuarat AJK.
Bulan Oktober
1.      Mengutip balik buku teks SPBT daripada pelajar Tingkatan Tiga selepas peperiksaan PMR mengikut jadual waktu yang disediakan oleh pihak sekolah.
2.      Mengambil kedatangan dan mengagihkan tugas mengikut kumpulan.
3.      Mengambil tindakan susulan terhadap pelajar yang tidak memulangkan buku.
4.      Mengadakan jamuan akhir tahun. Masyuarat AJK diadakan untuk mengagihkan tugas semasa jamuan sebelum pengadaan jamuan tersebut.
5.      Prosedur menggunakan bilik BOSS seperti dinyatakan di bahagian A.
Bulan November
1.      Mengutip balik buku teks SPBT selepas peperiksaan akhir tahun daripada pelajar Tingkatan Satu, Dua dan Empat. Pemulangan dijalankan seperti berikut(tarikh pemulangan ditetapkan oleh pihak sekolah):
a.       Guru tingkatan memastikan bahawa semua pelajar telah memulangkan buku teks SPBT yang dipinjam dan menandatangan dalam senarai nama sebagai bukti. Semua proses tersebut dijalankan  di kelas masing-masing.
b.      Pelajar Tingkatan Satu dan Empat akan akan membawa buku mereka ke bilik BOSS untuk menandakan pemulangan dalam boring G. Pelajar Tingkatan Dua membawa buku ke gelanggang serbaguna.
c.       Pelajar Tingkatan Empat akan balik ke kelas selepas memulangkan buku teks mereka. Pelajar Tingkatan Satu akan pergi ke gelanggang serbaguna untuk mengambil buku teks tahun hadapan. Guru SPBT yang bertugas akan mencatat senarai nama pelajar yang mengambil buku.
d.      Pelajar Tingkatan Dua akan pergi ke bilik BOSS untuk mengambil buku Tingkatan Tiga pada tahun hadapan. Guru mata pelajaran akan mengikut pelajar ke bilik BOSS semasa mangambil buku untuk membuat pengakuan bilangan buku teks yang diambil. Arahan untuk pelajar telah disediakan dan dibaca oleh guru pengiring di kelas masing-masing.
e.       Ahli-ahli kelab SPBT pergi ke semua kelas untuk tujuan pemeriksaan untuk memastikan bahawa tidak ada pelajar yang meninggalkan buku teks yang belum dipulangkan di kelas. Buku teks tang tertinggal dikutip oleh ahli kelab dan dibawa ke bilik BOSS untuk disimpan.
2.      Mengambil tindakan susulan terhadap pelajar yang tidak memulangkan buku. Meminjam kepada semua pelajar sekiranya terdapat lebihan buku teks dan pelajar tersebut perlu membeli buku yang baru untuk menggantikan buku yang telah hilang dan seterusnya memulangkanya pada tahun hadapan.
3.      Menyemak stok.
4.      Prosedur menggunakan bilik BOSS seperti dinyatakan di bahagian A.

贷书规则/Peraturan Meminjam Buku Teks S.P.B.T.

请所有有贷书的学生及学生家长注意以下事项:
所有贷书的学生必须
1.      在每一本课本写上姓名及班级
2.      用塑料包书纸把每一本课本包好。如果旧包书纸已破烂,必须更新。
3.      确保每一本课本都在最佳状况。
4.      在需要时通知贷书学会顾问老师更换不完整的课本。
5.      在要转校或停学前通知贷书主任,以便处理学生课本。
所有贷书的学生不可以
1.      不可以用荧光笔(HIGHLIGHTER)在课本里做记录或做记号。
2.      不可以涂鸦或在课本里画图画。如果被发现,学生必须买过一本新的课本代替旧课本。
3.      不可以把课本借给其他同学。
4.      不可以把课本遗留在班上。
警告:
1.      突击检查时,如果学生的课本被发现没有包或包书纸已破烂,将被罚以RM1购买包书纸,当场更新包书纸。
2.      被训导师或其他老师没收的课本将不被退还。学生必须买新的课本代替旧课本。

Kepada semua murid dan ibu bapa murid yang meminjam buku teks S.P.B.T.:
Semua murid yang meminjam buku teks S.P.B.T. PERLU:
1.      Tuliskan nama dan kelas dalam setiap buah buku teks.
2.      Menggunakan pembalut buku plastik untuk membalut setiap buah buku teks dengan baik. Sekiranya pembalut buku plastik lama telah terkoyak, murid perlu membalut buku teks dengan pembalut buku plastik yang baru.
3.      Memastikan setiap buah buku teks dalam keadaan terbaik.
4.      Berjumpa dengan guru-guru penasihat Kelab SPBT untuk menukarkan buku teks yang telah terkoyak, kotor atau mempunyai apa-apa.
5.      Berjumpa dan memberitahu ketua guru penasihat SPBT sebelum menukar sekolah atau berhenti sekolah untuk memproses buku teks murid.
Semua murid yang meminjam buku teks S.P.B.T. TIDAK BOLEH:
1.      TIDAK BOLEH menggunakan Highlighter untuk membuat sebarang nota atau tanda dalam buku teks.
2.      TIDAK BOLEH menconteng atau melukis dalam buku teks. Sekiranya dijumpai, murid perlu membeli buku teks yang baru untuk mengambil tempat buku teks yang dipinjam.
3.      TIDAK BOLEH meminjamkan buku teks kepada murid yang lain.
4.      TIDAK BOLEH meninggalkan buku teks di dalam kelas.
Amaran:
1.      Semasa pemeriksaan diadakan, jika buku teks murid dijumpai tidak dibalut atau pembalutnya telah terkoyak, murid perlu membeli pembalut buku plastik dengan harga RM1 dan menukarkan pembalut buku yang telah koyak.
2.      Buku teks yang dirampas oleh Guru Disiplin ataupun guru-guru yang lain tidak akan dipulangkan. Murid perlu membeli buku teks yang baru untuk menggantikan buku teks tersebut.

Wednesday, 3 August 2011

活动通告

在来临的星期六(6-8-2011),,本会将举行一次普通活动。活动地点是在3TB5和3TC2,时间是从早上11时15分至中午12时30分。敬请会员们踊跃出席这次活动并准时到达,也请委员们在活动时间前抵达以准备活动。如有任何疑问可向4SA1的蔡为全同学或4SA2的杨绍宏同学询问。任何无法出席活动同学请把请假信交给秘书,否则后果自负。谢谢。